Assalamualiakumm Ahli Syurga :))
" I love you.... " lembut berbicara seorang remaja lelaki yang boleh menusuk ke hati seorang remaja perempuan membawa si dia ke alam lain , dunia yang mengkhayalkan . Tanpa disedari , panahannya diindahkan lagi dengan makhluk bernama syaitan yang menjadi orang ketiga di antara mereka . Kerana antara keduanya tiada ikatan yang sah ataupun halal .
Hari demi hari kita dihadapkan dengan cerita cerita remaja . Penuh di laman sosial tentang mereka . Siapa mampu mengusir atau menafikan pesona cita yang singgah di hati mereka ? Apatah lagi cinta yang baru nak ' up ' pada kalangan remaja .
Kebanyakkan remaja sebegini kerana persefahaman mereka tentang cinta . Mereka telah di perkenalkan tentang maksud cinta di kalangan orang barat . Bukan mengikut Al-quran dan sunnah . Malah , mereka sanggup mengetepikan kedua dua ibubapa yang sudah membesar mereka bagai menatang minyak yang penuh kerana cinta yang sudah menguasai diri .
Sayanggg ,
ketika jatuh cinta bukan pada haknya , rasa cinta itu dilitupi dengan nafsu . remaja sekarang mnegaku dirinya sedang diulit perasaan cinta tetapi mereka tenang ke ? Malah dengan cinta yang bukan pada haknya , mereka diselubungi dengan rasa kesal , sedih sedu dan jauh pada kasih sayang allah . Allahu .......
Bayangkan suatu hari nanti , jika ditakdirkan jodoh kita bukan dengan insan yang kita cintai , adakah suami kita akan terima kita dengan kehidupan kita yang lalu ?
Lelaki ,
Pada usia remaja , mereka mencari yang sexy menawan dan mendedahkan auratnya , Tetapi adakah yang mendedahkan auratnya itu yang akan diambil sebagai isteri ? 95% lelaki katakan tidak . Mereka menginginkan wanita yang menjaga auratnya dan hanya boleh dipertontonkan kepada dia .
Sayang sekalian , jangan salahkan lelaki jika dia bertindak sedemikian . Kita mesti menjaga aurat kita supaya pada masa hadapan kita akan mendapat sesuatu yang lebih baik dari-NYA . Inshaallah .
Lawanlah perasaan cinta itu . Jangan nodai hari remaja kita dengan perkara sebegitu . Saya percaya serta yakin jika kita bijak kendalikan masa harian kita , inshaallah tiada masa untuk kita terjebak dalam maksiat dan dosa .
Antara tips yang boleh saya kongsikan untuk mengelakkan diri kita dari maksiat :
- Kenal priority
- Lazimi Majlis Ilmu
- Bergaul dengan orang yang soleh
- Belajar ilmu-ilmu agama
P/S; Sebarang pertanyan boleh ajukan di box UKHUWAH KITA , atau kotak komen di bawah . Boleh juga dm di laman sosial kami . syukran .
No comments:
Post a Comment
How's My entry ? Thanks For Reading . Jumpa di Jannah . Inshaallah .